» » SKMM pantau beberapa lagi laman web dan blog yang paparkan skandal 1MDB


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau beberapa lagi laman web dan blog yang cuba menyebarkan fitnah dan maklumat tidak berasas kepada rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pihaknya juga telah menyekat laman web Sarawak Report sebagai langkah awal untuk membendung gejala fitnah yang berleluasa ketika ini.

"SKMM sudah sekat Sarawak Report dan ada beberapa lagi laman web dan blog yang kita pantau dan saya tidak boleh maklumkan ia di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pesakit-pesakit di Hospital Hulu Terengganu sekali gus manyampaikan sumbangan Aidilfitri pada Rabu.

Beliau berkata, SKMM juga memberi amaran pihak yang terbabit dalam menyebarkan fitnah dan maklumat palsu melalui internet sehingga mengelirukan orang ramai tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Menurutnya, SKMM diberi kuasa sepenuhnya untuk menyekat mana-mana laman sesawang dan blog sama ada dari dalam mahupun luar negara termasuk beberapa pengguna laman media sosial yang menyalahgunakan teknologi maklumat yang kerajaan bangunkan untuk kebaikan dan keharmonian negara sebelum ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .