» » Najib Razak mula rasa bahang kejatuhan 1MDB


Pada musim bunga 2013, Song Dal Sun, ketua pelaburan sekuriti Hanwha Life Insurance berpangkalan di Seoul, duduk mendengar pembentangan seorang wakil perbankan Goldman Sachs.

Jurujual muda dari Goldman itu, yang terbang dari Hong Kong, cuba menjual bon yang dikeluarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat milik kerajaan Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Ia amat menarik. Bon matawang dolar dengan tempoh matang selama 10 tahun itu menawarkan kadar faedah 4.4%, kira-kira 100 mata asas lebih tinggi daripada penghasilan bon dengan penarafan A- lain pada masa itu, seingat Song.

Namun Song, seorang veteran dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kewangan, berasa ada sesuatu yang tidak kena.

Dengan unjuran hasil yang begitu menarik, 1MDB sepatutnya boleh menjual nota itu kepada pelabur institusi menerusi tawaran global.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .