» » Malaysia tiada hak untuk siasat bekas eksekutif PetroSaudi


Polis Diraja Thailand masih dalam proses siasatan kes bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo walaupun dia mengaku melakukan peras ugut dan cuba memeras bekas majikannya.

Jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Lt Jen Prawuth Thavornsiri berkata Justo mengaku terhadap dakwaan mengenai memeras ugut dan cuba melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.

"Ya, dia mengaku," katanya ketika ditanya oleh Bernama sama ada Justo mengaku terhadap semua dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Beliau berkata kes Justo akan dibicarakan di Thailand kerana kesalahan yang dikatakan itu dilakukan di Thailand.

Mengenai laporan berhubung permohonan polis Malaysia menemu bual Justo, beliau berkata setakat ini tiada permintaan rasmi atau pihak berkenaan berhubung mengenai perkara itu.

Malaysia bukan pengadu atau terlibat dalam hal ini, hanya Thailand dan PetroSaudi terlibat, katanya selepas sidang media mingguan Polis Diraja Thailand di sini Rabu.

Ketika ditanya jika pegawai-pegawai Malaysia akan dibenarkan menemui Justo, beliau berkata, pegawai asing dari negara-negara yang tidak terlibat dalam kes itu tidak akan dibenarkan menemui Justo.

"Apakah status para pegawai Malaysia dalam kes ini?' dia bertanya.

"Oleh kerana kes ini adalah masalah hubungan antarabangsa, kami tidak akan membenarkan mana-mana lawatan sehingga proses siasatan selesai," katanya sambil menegaskan beliau adalah satu-satunya orang yang diberi kuasa bercakap mengenai kes tersebut.

Beliau berkata kes itu melibatkan Switzerland (kerana Justo ialah warga Switzerland), England, tempat PetroSaudi berdaftar, dan Thailand, tempat kesalahan dikatakan dilakukan.

Justo melakukan kesalahan itu di Thailand, jadi dia akan didakwa di Thailand di bawah undang-undang Thailand, katanya.

Mengenai lawatan Timbalan Ketua Polis Thailand Jakthip Chaijinda ke Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata lawatan itu untuk berbincang mengenai isu pemerdagangan manusia.

Justo ditangkap di Koh Samui pada 22 Jun berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok.

Tuduhan ke atasnya ialah cuba memeras ugut atau cuba melakukan pemerasan.

Dia dikatakan menuntut bayaran sehingga 2.5 juta Swiss franc (kira-kira RM10 juta) daripada PetroSaudi sebagai ganjaran tidak mendedahkan maklumat perniagaan yang dicurinya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .