» » MARA Inc. tidak isytihar RM63 juta dalam skandal pembelian hartanah di Australia


Cabang pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Inc, mengisytiharkan harga belian yang lebih tinggi dalam taklimat rasminya untuk hartanah Australia ke-empat di Melbourne, walaupun membayar RM63 juta kurang dari itu, kata National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini.

Pengarahnya Rafizi Ramli berkata, Mara memberikan taklimat kepada pimpinannya mengenai pembelian 746 Swanston Street pada harga RM138 juta, tetapi sebenarnya, ia hanya membayar sekitar RM75 juta untuk hartanah itu.

Rafizi berkata ini berdasarkan taklimat rasmi Mara yang diadakan di Melbourne pada Mei tahun lepas, berbanding dengan senarai jualan di laman web Australia untuk hartanah tersebut pada 2012, apabila pembelian itu dibuat.

"Jumlah ini berkemungkinan adalah jumlah yang diselewengkan kerana jumlah yang diluluskan Mara tidak semuanya digunakan untuk membeli unit hartanah di 746, Swanston Street itu," kata Rafizi pada satu sidang akhbar.

NOW sebelum ini berkata, Mara Inc juga membayar melebihi kadar pasaran dalam pembelian dua hartanah lain di Melbourne daripada syarikat yang tidak diketahui.

Pembelian itu diluluskan Mara pada Ogos 2012 dan dimuktamadkan pada November 2012, kata Rafizi.

Mara membeli 281 unit dalam bangunan itu, manakala beberapa unit lain dimiliki pemilik individu.

Rafizi berkata rakyat perlu tahu ke mana perginya wang RM63 juta yang diluluskan Mara sekiranya ia bukan digunakan bagi pembelian itu.

"Jika dana Mara sebanyak RM63 juta ini tidak digunakan untuk membeli unit hartanah di 746 Swanston Street, ke manakah dana RM63 juta ini diselewengkan?

"Dan siapakah yang mendapat laba dari skim pembelian hartanah ini?" soalnya.

Beliau berkata, semakan nilaian semasa unit hartanah milik Mara itu juga menunjukkan nilaian semasanya sekitar A$23.6 juta ke A$26.6 juta, iaitu hampir separuh daripada jumlah dibelanjakan Mara Inc untuk membelinya pada 2012.

"Ini bermakna, pada kadar tukaran matawang terkini, nilaian maksima unit hartanah itu hanya RM77 juta, menyebabkan Mara Inc akan kerugian RM62 juta jika ia memutuskan untuk menjualnya sekarang."

Pembelian hartanah Mara itu mula diketengahkan akhbar Australia, The Age, yang melaporkan beberapa pegawai kanan menerima wang sogokan selepas menaikkan harga hartanah yang terbabit .

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .