» » Gesa kerajaan bertindak segera terhadap saspek utama skandal 1MDB


Ketua Umum PKR yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Putrajaya bertindak terhadap "watak utama" di sebalik syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini berada di luar negara.

Anwar membuat seruan itu sewaktu Putrajaya kini mula menangkap beberapa individu di dalam negara, berhubung siasatan ke atas operasi 1MDB.

Tanpa merujuk sesiapa secara terperinci, Anwar dipercayai merujuk kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, yang sering dikaitkan dengan 1MDB sebagai perunding kepada beberapa urusniaga syarikat milik negara itu dengan PetroSaudi International.

"Walaupun beberapa tangkapan telah dilakukan, tidak salah untuk umum terus berasa curiga sehinggalah tindakan diambil terhadap watak utama skandal ini.

"Pihak berkuasa mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Interpol, kerana beberapa ‘watak utama’ dan saksi kini berada di luar negara.

"Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan para pelabur. Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas," kata Anwar dalam kenyataan menerusi peguamnya, hari ini.

Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

21 Julai lalu, seorang pengarah di syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, ditangkap pasukan petugas khas yang menyiasat dana 1MDB, ditahan reman 4 hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Semalam pula, pengkritik utama 1MDB, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, dihalang Jabatan Imigresen daripada ke Jakarta.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .