Justeru, Fara tidak kisah bertugas semasa orang lain berlumba-lumba mengambil cuti Hari Raya.
“Bukan saya tidak suka menyambut Hari Raya. Cuma saya lebih mengutamakan sambutan semasa kedatangan Ramadan.
“Semasa Ramadan, saya seronok kerana dapat berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Kemudiannya, kami bersolat Tarawih pula,” ujar Fara ketika ditemui baru-baru ini.
Tidak hairanlah Fara telah mengambil cuti selama seminggu semasa awal Ramadan lalu.
Cuti ini diambilnya khas untuk menikmati puasa bersama keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor.
Beraya Di Konti
Awal Syawal tempoh hari, Fara menyambutnya di konti Hot FM.
“Sebenarnya sudah empat tahun saya tidak bekerja semasa Hari Raya. Kali ini, giliran saya pula beraya di konti.
“Tetapi tidak menjadi masalah kepada saya kerana keluarga saya ada di sini dan saya tidak perlu kelam-kabut untuk pulang ke kampung,” ceritanya.
Bagaimanapun sambutan raya kali ini dianggap lebih meriah berbanding dahulu kerana adiknya yang menuntut di luar negara pulang beraya di tanah air.
Sementara itu, penyampai radio popular yang juga merupakan pengacara Muzik-Muzik ini bakal muncul dalam filem Girlfriend Kontrak yang turut dibintangi oleh Keith Foo, Risteena, Bront Palare dan Azad Jasmin.
No comments: