Allahu akbar! Allahu akbar!
Saban tahun kita mendengarnya , tidak pernah jemu takbir itu melontarkan zikirnya .
Aidil Fitri bermaksud manusia kembali kepada FITRAH nya .
Fitrah atau kebiasaan manusia ini ialah :
- Baik
- Tolong-menolong
- Berkasih-kasihan
- Sentiasa berasa simpati dan empati .
Asas agama ialah kebaikan , jika anda tidak baik, maka anda sebenarnya tidak beragama walaupun anda selalu melaungkan kata-kata yang berunsur agama atau melakukan ibadah yang berteraskan agama .
Agama ialah satu manifestasi fizikal yang boleh dikesan dengan deria seperti sentuh , dengar , lihat , rasa dan bau .
Ia bukan seperti retorik yang telah diajar kepada kita sejak sekian lama iaitu dengan hanya melontarkan kata-kata indah dan mengasingkan agama daripada kehidupan .
Agama atau kebaikan sewajibnya dizahirkan oleh manusia yang beragama SEPANJANG MASA .
Bukan hanya dalam senggang masa dalam ritual tertentu sahaja .
Orang yang beragama ialah orang yang baik , sentiasa melakukan kebaikan, tak perlu anda memberitahu satu dunia anda menganuti sesuatu agama , SATU DUNIA MENYEDARINYA!
Jadikan Aidil Fitri 2015 ini sebagai titik mula untuk sentiasa berbuat kebaikan dan sentiasa menjadi manusia baik tanpa sebarang pengecualiaan .
Orang yang beragama ialah ORANG YANG BAIK!
Allahu akbar! Allahu akbar!
Akhir kalam , marilah kita semua kembali ke fitrah manusia yang sebenarnya .
No comments: