Menurut portal tersebut, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu penyokongnya di luar penjara Sungai Buloh, pihak penjara memaklumkan keluarga hanya boleh menziarahi Anwar pada hari raya kelima atau keenam.
Presiden PKR itu berkata, ketika pertama kali Anwar dipenjarakan pada tahun 1999, keluarga dibenarkan melawatnya pada hari pertama Aidilfitri.
"Kita minta untuk berjumpa dengan Anwar pada Hari Raya tapi tidak dibenarkan dan saya saya diberitahu pada raya pertama dan kedua Jabatan Penjara bercuti," katanya malam semalam di hadapan lebih 150 penyokong Anwar yang berhimpun menyatakan sokongan kepadanya.
"Pihak berkuasa berkata pada hari ketiga dan keempat akan ada lebih ramai pelawat.
"Akan tetapi ada kira-kira 5,000 ahli keluarga, ada ramai ahli keluarga yang datang, jadi kita patut datang hari kelima dan keenam," katanya.
Sementara itu, anak sulung Anwar Nurul Izzah berkata, adik lelakinya Muhammad Ihsan akan kembali di Amerika Syarikat untuk bekerja dan akan kehilangan peluang berjumpa bapanya.
Anwar ,67, dipenjarakan pada 10 Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalahnya oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
sumber
No comments: