» » 'Skandal 1MDB belum bersih lagi dan banyak persoalan harus dijelaskan'


Kenyataan menteri dan pemimpin Umno yang berkata dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selama ini tidak benar selepas penangkapan bekas pengarah PetroSaudi disifatkan sebagai tindakan tidak bijak, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin .

Zainuddin berkata, selama ini dakwaan terhadap syarikat sarat hutang yang berkait dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bergantung kepada laporan Sarawak Report semata-mata.

"Tidak bijak bagi menteri dan pemimpin Umno memberikan reaksi serta merta 1MDB kini bersih, tidak salah, tidak ada kesilapan dilakukan kerana semuanya berdasarkan laporan Sarawak Report yang dipalsukan.

"Jika kritikan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir (Mohamad) kerana membuat tohmahan tanpa menunggu lebih dulu hasil siasatan PAC dan ketua audit negara, begitu juga kelihatan kepada umum apabila beberapa menteri dan orang Najib menggunakan isu tangkapan Justo," katanya menerusi tulisan terbaru di blognya, hari ini.

Katanya, Najib dan pemimpin yang menyokongnya juga mengambil tindakan salah apabila berpendapat dakwaan Dr Mahathir mengenai 1MDB bergantung kepada Sarawak Report.

Malah, dalam tulisannya, Zam berkata beliau yakin Dr Mahathir selaku bekas perdana menteri mempunyai lebih banyak pendedahan mengenai 1MDB.

"Saya yakin Dr Mahathir masih menyimpan banyak lagi ‘rahsia besar’ mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya. Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya," katanya.

Susulan penangkapan bekas pengarah PetroSaudi Xavier Andre Justo di Thailand pada 22 Jun lalu menyebabkan ramai pemimpin Umno yang tampil membuat gesaan kepada orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat mengenai 1MDB .

Zam berkata, Najib dan penyokongnya terlepas peluang keemasan untuk membersihkan nama perdana menteri itu apabila mengambil strategi tidak bijak.

Katanya, Najib sepatutnya menggunakan agensi berita Bernama untuk melaporkan mengenai penangkapan Justo, bukannya akhbar The New Straits Times.

"Dari awal lagi strategi tidak bijak. Sepatutnya Bernama digunakan sebagai punca atau penyebar berita mengenai tangkapan Justo atau menggunakan agensi berita asing yang juga boleh diupah seperti diberikan kepada penulis blog tertentu.

"Akan lebih berkredibiliti jika tidak datang daripada akhbar yang diketahui umum terarah dan terkawal," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .