» » Royce Saayan akan perjuangkan penyanyi rock wanita di Malaysia


Penyanyi rock, Royce Saayan masih kuat semangat memperjuangkan muzik rock. Dia macam nak jadi pejuang rock wanita.

Sebab itulah album terbarunya edaran Sony Music diberi judul Rock For Ladies. Malah Royce ada perancangan jauh untuk mengangkat penyanyi rock wanita.

Dia mahu mengumpul penyanyi rock bersatu dan menghasikan sebuah muzikal. Perbincangan sudah dibuat dan sekiranya tiada aral, Musical Rock For Ladies akan dipentaskan dalam masa dua tahun lagi.

“Saya dah berbincang dengan seorang pengarah terkenal dan dia memang menyukai idea yang saya lontarkan. Tapi perkara itu masih panjang dan banyak lagi yang perlu dipersiapkan,” kata Royce.

Banyak nama penyanyi rock wanita tersenarai untuk muzikal itu namun kini ia masih di peringkat awal dan belum ada perbincangan lanjut dengan penyanyi berbabit.

Usaha Royce untuk mengembalikan penyayi rock wanita yang lama menghilang dapat sambutan apabila ada pereka yang sedia bekerjasama.


“Bila nak muncul semula kita tak mahulah muncul dengan gaya yang tak menentu, kita mahu tampil penuh bergaya… alhamdulillah ada pereka yang akan bekerjasama bila kami muncul mengadakan showcase nanti,” jelas Royce.

Untuk album terbarunya Royce mengundang penyanyi rock Nadia Ali menyanyi sebuah lagu secara duet. Albumnya sudah siap dan menunggu masa untuk dipasarkan.

Royce juga ada lagu raya terbaru, Purnama Menjelang yang dimuatkan dalam album Menjelang Syawal edaran Sony Music.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .