» » Syafinaz tidak berminat dengan media sosial


Artis muda hari ini taasub dengan media sosial. Ada yang digelar ratu media sosial.

Mereka gunakan untuk mempromosi kerjaya dan mendekati penggemar. Ada juga yang salah menggunakan hingga mencemarkan nama.

Penyanyi popular Syafinaz Selamat pula tidak mendedahkan dirinya dengan sebarang media sosial.

“Saya tak ada akaun Facebook, Twitter atau Instagram. Saya sibuk dan tak ada masa nak update kalau saya buka akaun pun.

“Ada juga rakan artis yang terkejut bila tahu saya tak ada Instagram dan meminta saya membuka akaun laman itu.


“Katanya untuk promosi… tapi saya memang tak ada masa untuk semua itu. Lagipun saya ni pensyarah, saya tak mahu komen komen negatif yang mungkin ada akan menjejaskan reputasi.

“Jadi sebab itulah saya tak berhasrat nak memiliki akaun,” kata Syafinaz.

Sementara itu Syafinaz juga menyimpan hasrat memastikan album yang sudah beberapa tahun tertangguh berjaya disiapkan tahun ini juga.

“Saya dah siap rakam tujuh buah lagu. Sebuah lagi lagu sudah ada tapi saya pula sangat sibuk dan tak sempat masuk studio.

“Gambar untuk cover album dah lama siap, tapi lagunya yang tak siap-siap,” kata Syafinaz semasa ditemui pada majlis Iftar Ramadan Angkasawan di Kuala Lumpur kelmarin.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .