» » Persoal kegagalan polis kawal hadirin di forum kontoversi 1MDB


Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempertikaikan kemampuan pihak polis menangani kumpulan yang lebih besar selepas mereka dilihat tidak berupaya mengawal sekitar 1,000 lebih orang yang hadir pada forum mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.

"Saya kesal ketua polis negara memutuskan forum tersebut bakal mengundang sesuatu yang tidak dijangka," katanya pada satu sidang media hari ini.

"Itu di ibu pejabat Umno, sekiranya tidak boleh berdialog di sana, di mana lagi kita hendak adakan dialog di Malaysia?" soalnya.

Forum "Dialog PM bersama NGO" bertema "Nothing2Hide" anjuran kumpulan sukarelawan guaman SukaGuam itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana ibu pejabat Umno ditempatkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadualkan hadir pada program itu bagi memberi penjelasan mengenai skandal yang membelenggu syarikat sarat hutang tersebut, tetapi polis pada saat akhir sebelum acara bermula mengarahkan ia dibatalkan.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir bagi mendengar ucapan Najib itu mengambil alih pentas forum tersebut tetapi dihentikan oleh polis ketika berucap.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai dengan ada yang mendakwa Najib takut untuk hadir dan mempersendakan pengisytiharannya pada satu majlis di Sarawak sehari sebelumnya, mengakui beliau mempunyai "semangat pahlawan."

"Sudah tentu polis mampu menangani satu kumpulan yang lebih daripada 1,000 orang. Jika tidak, bagaimana kita hendak menganjurkan perhimpunan dan aktiviti yang lebih besar nanti?" soal Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada program mesyuarat tahunan Jaringan Tindakan Muslim Asia (Aman) ke-5, anjuran bersama Aman dan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), di mana beliau merupakan ketua pegawai eksekutifnya.

Mesyuarat yang diadakan di Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negara itu turut membincangkan mengenai krisis pelarian Rohingya.

Saifuddin berkata, mereka yang datang ke Malaysia perlu didaftarkan dan diberi pekerjaan.

"Kita mesti mempunyai strategi. Mana lebih baik, antara mempunyai pelarian berdaftar yang mempunyai pekerjaan atau menghadapi ribuan pendatang haram yang tidak berdaftar?" soalnya.

Ribuan Rohingya melarikan diri daripada negara mereka Myanmar dan terkandas di perairan Malaysia setelah ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia.

Malaysia dan Indonesia pada awalnya menolak memberi bantuan kepada kumpulan pelarian itu namun mengubah pendirian dan bersetuju menyediakan perlindungan sementara.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .