» » 'Letupkan saja semua lebuh raya di M'sia ini supaya saya tidak dikenang lagi'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa agar projek yang menjadi warisan beliau dalam pentadbiran negara 'diletupkan' jika benar warisan beliau mahu dihapuskan.

Ini termasuk Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan terbaru bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin di blognya hari ini.

Zainudin mendakwa TV3 diarahkan menyerang Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), satu projek diilhamkan Dr Mahathir sewaktu pentadbirannya.

"Nak musnahkan warisan saya? Jadi, letupkan lebuh raya Plus," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu kepada wartawan di Kuala Lumpur petang ini.

"Bukan itu sahaja, letupkan juga KLIA dan KLCC (Menara Berkembar Petronas) juga.

"Semua (projek ini) tidak bagus," katanya sinis.

Zainudin mendakwa arahan itu dibuat untuk memburukkan Proton sebagai balasan kepada kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, portal Malaysiakini melaporkan penafian TV3 berhubung siri rancangan yang menyerlahkan masalah pemandu teksi berkaitan kereta nasional negara itu.

Menurut stesen TV itu, rancangan itu dibuat bagi menyampaikan suara pelbagai lapisan masyarakat.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .