» » 'Apa salah saya tanya soalan pada Najib Razak ?'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini “mengaku silap” hadir ke forum "Nothing to Hide" yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada 5 Jun lalu.

Menurutnya, beliau hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada perdana menteri itu sepertimana wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

"Ia silap saya, saya ingatkan ia debat terbuka. Orang kata saya boleh hadir, jadi saya hadir.

"Saya tak nak debat dengan dia, saya cuma nak tanya soalan seperti orang lain.

"Orang lain NGO, saya pun NGO," katanya pada sidang media selepas sidang antarabangsa Plight of The Rohingya, Part II, Crime Against Humanity di Kuala Lumpur.

Najib sebelum ini memberikan alasan menjaga nama baik Umno bagi mempertahankan tindakannya tidak muncul pada dialog terus terang itu yang akan membincangkan isu semasa termasuk 1Malaysia Development Berhad.

Alasan itu dinyatakan dalam tulisan di blognya pada 10 Jun lalu selepas beliau dikritik ramai kerana tidak hadir program yang diadakan di ibu pejabat Umno itu sendiri selepas Dr Mahathir turut hadir pada majlis yang sama.

"Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri, dan dari parti politik yang sama.

"Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya sebagai perdana menteri dan presiden Umno, bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti," tulisnya dalam rencana bertajuk "Dialog PM Bersama NGO-NGO".

Forum tersebut dibatalkan atas arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menggunakan alasan faktor keselamatan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .