» » UMNO buru dalang dedahkan video Muhyiddin Yassin telanjangkan skandal 1MDB


Umno sedang menyiasat dalang di sebalik penyebaran rakaman ucapan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan semua anggota lembaga pengarah 1MDB dipecat.

Setiausaha kerja parti itu Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahuSuaraTV bahawa siasatan itu dikendalikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Zahid Hamidi kerana penyebaran itu tidak harus berlaku.

“Saya difahamkan Datuk Zahid sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran rakaman tersebut bagi mencari dalang yang merakam dan menyebarkan ucapan tersebut.

“Menurut garis panduan yang ditetapkan program latihan seperti itu tidak boleh dibuat sebarang rakaman apatah lagi untuk menyebarkannya kepada umum,” beliau dilapor sebagai berkata.

Laman itu juga melaporkan bahawa ucapan itu tidak harus diraikan kerana program itu – dikenali sebagai KERIS 2314 – sepatutnya menjadi senjata BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum.

Sementara itu, portal pro-BN MyKMU melaporkan Zahid sebagai menjelaskan berkaitan rakaman yang dikatakan dibuat di Janda Baik, Pahang, itu.

“Sebagai pengerusi Biro Latihan Umno Malaysia saya telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap punca rakaman dan penyebaran,” katanya yang juga menteri dalam negeri.

Zahid juga dilapor menjelaskan bahawa beliau meminta tindakan segera diambil kerana merosakkan imej program dirangka mereka.

Perkara lain turut dijelaskan, termasuk:

(1) Ia dilakukan oleh seorang timbalan ketua bahagian yang tidak sepatutnya hadir. Rakaman disebarkan di kalangan rakan-raknnya di bahagian dan dalam aplikasi mesej Telegram timbalan ketua Umno bahagian.

(2) Ucapan Muhyiddin di luar rangka kursus hadir atas kapasiti sebagai ketua Umno bahagian Pagoh.

(2) Mulai siri ke-12 program KERIS 2314, sekretariat tidak akan membenarkan telefon bimbit dan sebarang alat rakaman dibawa masuk ke dewan kursus.

(2) Sebelum ini dan selepas ini tidak akan ada ucapan perasmian atau penutupan selain daripada pihak sekretariat.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .