Putrajaya kini perlu meminta penyata akaun syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendedahkannya kepada umum sebagai timbal balas terhadap kesilapan yang berlaku berhubung aset yang disimpan dalam Bank BSI Singapura, kata DAP.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, penjelasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tentang berlaku kesilapan bentuk yang disimpan 1MDB dari Pulau Cayman merupakan satu kenyataan tempang, sukar dipercayai dan tidak dapat dimaafkan.
Beliau berkata kenyataan terbaru ini menunjukkan ia bukan kebenaran penuh, mengelirukan dan penipuan terang-terangan 1MDB yang berulang menyebabkan hilang kepercayaan rakyat terhadap menteri Barisan Nasional (BN) dan eksekutif kanan 1MDB.
"Satu-satunya cara bagi mereka mendapat kembali sedikit kredibiliti dengan menyiarkan penyata sebenar Bank BSI yang menunjukkan unit aset yang didakwa bernilai AS$1.103 bilion.
"Pastinya menteri kewangan boleh meminta penyata daripada 1MDB dan membolehkan rakyat mengetahuinya. Atau mereka terus menyembunyikan maklumat itu kerana penyata tidak menunjukkan unit aset," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
sumber
No comments: