» » 'Kritikan Dr Mahathir dan GST sebagai faktor utama PKR menang mudah di Permatang Pauh'


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Barisan Nasional (BN) meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei, hasil kajian menunjukkan.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh kumpulan pemikir Institut Darul Ehsan (IDE) pada 3 Mei, 63% daripada 1,075 pengundi Permatang Pauh yang ditemubual berkata, serangan Dr Mahathir terhadap Najib mempengaruhi mereka untuk menyokong calon PR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apabila ditanya sama ada GST mendorong mereka untuk menyokong PR, 73% berkata “ya”, menurut kajian.

Kajian IDE itu juga mendapati sokongan kepada PR kerana kedua-dua faktor berkembang dari semasa ke masa: dalam kajian lebih awal pada 17 hingga 19, hanya 55% dan 64% berkata kritikan Dr Mahathir dan GST memaksa mereka untuk mengundi PR.

"PR mampu meyakinkan pengundi mengenai GST, strategi mereka bagus. Mereka menggunakan poster menekankan kos sara hidup yang meningkat, dan 'gaya hidup mewah' bagi sesetengah orang," kata Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, timbalan pengerusi IDE, ketika membentangkan hasil kajian di Shah Alam.

Redzuan berkata, gesaan Dr Mahathir agar Najib meletak jawatan memberikan kesan yang besar khususnya kepada pengundi atas pagar.

"Apabila pembangkang mengkritik perdana menteri, orang kata itu normal, ia tugas mereka untuk mengkritik perdana menteri. Tetapi keadaan berbeza apabila ia Dr Mahathir yang melakukan kritikan," kata Redzuan.

"Oleh itu, ia pasti memberi kesan kepada pengundi, terutamanya pengundi atas pagar."

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .