» » 'Tindakan ke atas penyampai berita disyaki untuk takutkan rakyat M'sia supaya jangan luahkan kenyataan yang anti-kerajaan'


Tangkapan pemberita yang melaporkan Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS Kelantan adalah satu bentuk salah guna kuasa kerajaan yang bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai membuat kenyataan anti kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata agensi kerajaan juga digunakan sebagai platform ugutan kepada rakyat yang membuat semakin ramai pihak membenci kerajaan.

“Apabila laporan polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapor dirampas dan dia diisytihar muflis.

“Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-kerajaan.

“Saya berasa terdapat salah guna kuasa oleh kerajaan. Agensi-agensi kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU14 jika dipimpin oleh Najib,” katanya menerusi blognya hari ini, chedet.cc.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .