» » 'Mahu UMNO menang pilihan raya tapi tak mahu Najib Razak kekal memerintah'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah apabila mahu melihat Umno memenangi pilihan raya tetapi enggan melihat kemenangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bekas perdana menteri itu berkata dilema sama juga pernah dihadapi apabila Najib menjadi perdana menteri dan meneruskan dasar yang ditinggalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli Umno saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU14. Saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

“Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Najib mengambil alih tampuk kerajaan dari Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.

“Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah,” katanya menerusi blognya chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau sedar jika tidak memberikan sokongan kepada Najib, Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil kesempatan.

Namun katanya jika Najib memimpin dalam PRU14, BN akan berdepan kekalahan.

“Luah mati mak, telan mati bapak.

“Jika kepimpinan Umno dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

“Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbilion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini,” katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .