Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengesahkan pihak polis ada berjumpa dengan Sirul Azhar Umar, salah seorang pembunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan "arahan" yang diterima bekas anggota unit tindakan khas (UTK) itu.
Wan Junaidi membuat kenyataan selepas jawapan lisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang enggan mengesahkan pertemuan polis dengan Sirul.
"Ianya mengikut seperti apa yang diperjelaskan kepada saya. Saya mengetahui dan saya sendiri membaca jawapan itu (lisan Parlimen) tapi sebalik itu memang kita ada berjumpa dengan Sirul kerana apa yang rakyat dan masyarakat sebut, jadi kita kena jumpa sendiri apakah benar atau tidak tuduhan Sirul," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
sumber
No comments: