» » Najib Razak silap besar jika ingat posting blognya menjawab skandal pembunuhan Altantuya


Lim Kit Siang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak naif kerana menyangkakan posting blognya yang menjawab isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, antara beberapa kes lain, dapat menjawab segala pertanyaan tentang kematian wanita Mongolia sembilan tahun lalu itu.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, posting Najib itu hanya mengakibatkan lebih banyak soalan timbul, contohnya mengapa wujud "konspirasi senyap" pihak berkuasa dalam mendedahkan motif pembunuhan itu dan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

"Kedua-dua soalan ini tidak akademik tetapi sangat hidup, relevan dan penting, mempunyai kesan kepada keyakinan negara dan antarabangsa terhadap integriti dan profesionalisme institusi negara dan kedaulatan undang-undang di negara ini, begitu juga kredibiliti dan reputasi perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib menerusi blognya www.najibrazak.com berkata, "tidak adil" untuk memaksa beliau mengusahakan supaya kes Altantuya itu disiasat lagi, terutamanya kerana proses kehakiman kini selesai.

"Tidak adil untuk paksa saya untuk siasat kes ini sekali lagi dan menuntut jawapan siapa, kalau betul ada, yang mengarahkan pembunuhan itu.

"Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah menentukan siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Ia sepatutnya berakhir di situ."

Tanpa menamakan sesiapa, perdana menteri berkata beliau merasa 'bimbang' apabila perkara itu diulang, kerana katanya, jika pemimpin veteran terus membesarkan isu itu, walaupun secara kebetulan, ia secara automatik akan menimbulkannya semula.

"Individu-individu berpengaruh ini mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.

"Jika mereka percaya ia benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu timbul 8 tahun yang lalu? Kenapa sekarang?" soalnya.

Lim juga menggesa Najib menyatakan kesediaannya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes itu - yang menghala kepada dua topik itu - selepas menafikan penglibatannya.

"Siapa yang arahkan Altantuya dibunuh? Dan adakah terdapat ‘konspirasi senyap’ sejak 9 tahun lalu melibatkan polis, peguam negara, kehakiman atau pihak lain bagi mengelak menyiasat motif pembunuhan Altantuya.

“Dua isu ini soalan kepentingan awam dan tiada kena mengena dengan kempen Dr Mahathir yang mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .