» » Bidas jawapan berbeza antara Zahid dan KPN berhubung Sirul azhar


DAP hari ini membidas kenyataan bercanggah antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung siasatan terhadap Sirul Azhar Umar, salah seorang pembunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, melalui jawapan lisan di Dewan Rakyat yang diberikan Zahid, menolak untuk menjawab pertanyaan beliau untuk mengetahui apakah pihak polis ada menghantar pegawainya untuk bertemu dengan Sirul di Australia.

"Maklumat yang dipohon oleh ahli yang berhormat Segambut tidak dapat dikemukakan buat masa ini kerana ia masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

"Saya khuatir ia akan mengganggu proses siasatan dan kerahsiaan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan," kata Zahid melalui jawapan lisannya di Dewan Rakyat.

sumber




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .