Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menolak khabar angin yang akan ada rombakan semula Kabinet dan menafikan satu senarai anggota Kabinet baru yang tersebar di media sosial.
“Tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan,” menurut PMO menerusi satu posting di akaun Twitter @PMOMalaysia.
Senarai tersebut yang mula disebarkan pada Isnin, mendakwa 6 menteri Kabinet akan digugurkan.
Mereka ialah Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Idris Jala.
No comments: