» » Takaful beli sukuk RM85 juta belum dapat apa-apa bayaran lagi selepas 6 tahun berlalu


Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) hari ini mendedahkan mereka pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 sebanyak RM85 juta sebelum syarikat itu bertukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Datuk Seri Mohamed Hassan Md Kamil berkata, sehingga kini, Takaful Malaysia masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada 1MDB.

"Saya diberitahu sukuk dibeli pada 2009.

"Takaful membeli RM85 juta daripada Terengganu Invesment Authority (TIA) yang mengeluarkan bon tersebut, syarikat asal (sebelum dikenali 1MDB)," kata Hassan pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung BIMB Holdings Berhad di Menara Felda hari ini.

Untuk rekod, BIMB memiliki pegangan majoriti sebanyak 60.31% dalam Takaful Malaysia yang merupakan anak syarikatnya dan 100% dalam Bank Islam.

Tempoh matang sukuk tersebut adalah pada 2039, bagaimanapun sejak ia dibeli tiada sebarang pembayaran kadar kupon dibuat oleh 1MDB kepada Takaful Malaysia, kata Hassan.

"Tempoh matangnya adalah pada 2039, setakat ini masih belum ada pembayaran kadar kupon ," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .