» » 'Saya hanya dibenar berucap 10 minit berkaitan GST'


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum dirampas mikrofon oleh pihak keselamatan.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, mikrofon tersebut dirampas kerana pihak keselamatan UIAM yang diketuai anggota polis Bukit Aman Superintendent Razali Mohamad cuba memaksa beliau untuk beredar dari kawasan tersebut.

"Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIAM yang hadir dan menimbulkan suasana tegang.

"Beberapa daripada mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya yang orang-orang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, setibanya di UIAM, Lokman Adam yang merupakan salah seorang panel forum tersebut sudah pun berucap.

"Pihak MPP (majlis perwakilan pelajar) UIAM memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program. Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIAM tampil mengumumkan pihak pengurusan teratas UIAM sudah membuat keputusan yang program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam dibenarkan berucap," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .