Berdebat tidak mahu
menjawab tetapi tidak sepenuhnya
Berselindung di balik akta
dan proses pengauditan
dan proses pengauditan
Kunun-kunun telus dan terbuka
semuanya sandiwara bodoh
Walau tahi yang menggunung
lebih besar dari bangkai gajah
Untuk ditutup dengan nyiru
apalagi catatan blog
Sekadar melepas kentut di tangga
reaksi angkuh yang mengambarkan
Sebodohan dari bayang-bayang
terlalu banyak jerangkung
Berpakaian emas permata
dalam almari kabinet
Dan istana politik survival
perjuangan matlamat menghalalkan cara
Walau di pintu retorik terpampang besar
transformasi dan wasatiyyah
Sebuah kepimpinan bangsat
yang semakin menghitung saat
untuk menjadi bangkai keparat.
Sepandai-pandai tumpai melompat
akhirnya jatuh ke tanah
Sepandai-pandai Hang Jolo dan geng
bertaraf VVIP dan perdana
Yang merentas global dan akidah
mazhab bertuhankan wang dan harta
Terbongkar segala jejak perompakan
mana kalian mahu lari lagi
Dengan jet mewah atau kapal selam
dihantui pembunuhan dan pengkhianatan
Sama ada ke Kazakhstan atau Hawaii
ke bulan atau Marikh
Tetap sama sahaja akhirnya
tragedi sebuah negara
Akibat korupsi dan penyelewengan
di peringkat tertinggi
Maka haluan sehala hanya satu
sama ada syurga dunia sebagai pelarian
Atau titian ke neraka jahanam
yang tetap menanti
Destinasi untuk kemenangan jasad
para konspirator laknat!
No comments: