» » 'Juruaudit tak akan tandatangan kalau benar 1MDB hilang RM42 bilion'


Juruaudit antarabangsa Deloitte & Co tidak akan mengesahkan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar RM42 bilion hilang begitu sahaja dari dana itu, kata Datuk Seri Najib Razak kepada golongan veteran Umno hari ini.

Deloitte ialah juruaudit ketiga 1MDB sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menerajui pembangunan dalam sektor-sektor strategik. Perniagaan utama 1MDB ialah pembangunan hartanah dan utiliti seperti loji tenaga dan air.

"Tak adalah RM42 bilion lesap sebab akaun itu diaudit oleh Deloitte. Juruaudit ini kalau RM1 juta hilang pun dia tak akan tandatangan," katanya kepada anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

"Ini RM42 bilion kata lesap, mana boleh lesap, tak lesap.. ada asetnya ada liabilitinya. Kalau kita ada formula, boleh selesai perkara ini.

"Tapi kalau kita politikkan, benda yang baik pun jadi tak baik," kata Najib pada majlis Sepetang Bersama Presiden di ibu pejabat Umno, petang ini.

Dalam ucapan sama, Najib turut mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebelum ini dikritik Dr Mahathir.

"Kalau dia tak setuju dengan BR1M, saya kata BR1M baik. Sekurang-kurangnya orang susah dapat bantuan kerajaan.

"Janganlah hendak buat projek besar sahaja. Kalau kita ada rezeki, ada kekayaan, sebahagian itu mestilah kita pindahkan pada orang yang susah," kata Najib.

Dr Mahathir sejak November tahun lalu mula mengkritik BR1M yang dianggapnya satu bentuk rasuah.

Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020, adalah sangat mengelirukan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .