» » Mesyuarat di langit biru menggunakan jet mewah baru dibeli lebih produktif!


Pembelian sebuah jet baru
bukanlah untuk kemewahan

Terpaksa pula dinaik taraf
dengan jutaan perbelanjaan

Ini semua kerana kecekapan
keperluan yang wasatiyyah

Menjalankan tugas kabinet
boleh selesa bermesyuarat

Sesama ahli keluarga dan menantu
sepanjang penerbangan

Sebelum shopping dan berliburan
ke merata muka bumi.

Masa adalah emas
harga tidak ternilai pembaziran

Untuk memanda menteri berjoli
sesuai dengan jam mewah

Yang diperagakan hari-hari
maka setiap ada kesempatan

Bermesyuarat di langit biru
tidak lagi dibawah pokok

Atau di kedai kopi
membicarakan masalah negara

Isu-isu semasa nasional
diplomatik antarabangsa

Selain hal-hal parti, famili dan kroni
tanpa gangguan pembodek tegar

Dan pengkritik politik kurang ajar
malah ramai-ramai boleh berdengkur

Bersantapan kelas lima bintang
bersauna dan berdisko

Sesekali juga ber ya hanana
sebagai bermuhasabah

Sda kapal terbang yang ghaib
dan helikopter yang terhempas

Menjadi tragedi untuk peringatan
mengenai realiti kehidupan.

Berikan apa sahaja justifikasi
pembelian jet mewah ratusan juta

Tetap pembaziran dan ketirisan
lawak yang tidak lucu

Menggambarkan kecekapan sifar
kepimpinan yang membebankan rakyat

Malah terus menidakkan kelemahan
dengan propaganda dan pembohongan

Sebagai survival kepentingan diri
saban tahun menambah hutang berganda

Untuk generasi kemudian menanggung
keborosan gaya hidup

Lanun dan penyamun bangsatwan
nun di angkasa!



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .