Persoalan mengenai 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang ditimbulkan dalam laporan media dan ditujukan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) tidak adil kerana faktanya yang terpilih, kekurangan bukti, dan berat sebelah, kata lembaga pengarah syarikat sarat hutang itu.
Kenyataan 1MDB hadir selepas The Edge Financial Daily melaporkan mengapa lembaga pengarah syarikat sarat hutang itu perlu disiasat. Akhbar mingguan itu juga menujukan soalan kepada setiap lembaga pengarah.
Menurut 1MDB, lembaga pengarah syarikat pelaburan negara itu mengambil maklum mengenai beberapa persoalan yang dibangkitkan media bertujuan untuk menimbulkan pendapat awam sebelum PAC dan Ketua Audit Negara menyiapkan penilaian mereka.
"Kebenaran mesti berdasarkan fakta dan dikendalikan dengan kepercayaan, tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada mana-mana parti.
"'Diadili melalui media' tidak menguntungkan mana-mana pihak yang mahu mencari kebenaran," katanya 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, lembaga pengarah akan memberikan kerjasama penuh dan hanya akan menjawab soalan daripada PAC, Ketua Audit Negara, dan pihak berkuasa yang berkaitan.
"Pada masa sama, ahli lembaga meminta semua pihak menghormati proses penilaian yang dikendalikan Ketua Audit Negara (seperti yang diarahkan Kabinet) dan menunggu pendengaran PAC yang bermula minggu ini," katanya.
Siasatan bebas yang dikendalikan 1MDB akan bermula dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar memberikan kenyataan.
Selain Irwan, turut dijangka memberikan kenyataan adalah Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah, ketua pengarah eksekutif dan pengerusi 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan pendahulunya Datuk Shahrul Ibrahim Halimi, yang berkhidmat dalam syarikat itu pada Mac 2009 hingga Mac 2013.
Ahli PAC terdiri daripada lapan ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan lima daripada pembangkang, dalam mesyuarat khas pada 30 April memutuskan untuk memulakan prosiding terhadap 1MDB.
PAC sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mahu menunggu laporan Peguam Negara sebelum memulakan siasatan sendiri.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAC tidak boleh menunggu laporan Peguam Negara kerana terlalu banyak spekulasi timbul mengenai aliran wang syarikat itu.
Ini berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pengerusi lembaga pengarah 1MDB mengarahkan Peguam Negara menyiasat akaun syarikat itu, dan laporannya akan diserahkan kepada PAC untuk semakan.
sumber
No comments: