» » 'GST topup prepaid dikenakan berdasar penggunaan'


Kabinet hari ini bersetuju kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan prabayar telefon akan dikenakan berdasarkan penggunaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan kerajaan juga setuju kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.

"Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan. Kerajaan berpandangan, cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuatkuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa.

"Kerajaan mahu pihak telco melaksanakan kaedah dan pendekatan ini sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan. Sementara itu, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga formula 'beli RM10 dapat RM10' dilaksanakan," katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengimbangi kesan pelaksanaan GST, kementerian akan meminta pihak telco menurunkan tarif.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .