» » 'GST akan tingkatkan kualiti perkhidmatan telco di Malaysia dan untungkan semua pengguna'


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata pengguna kad nilai prabayar perlu faham dengan membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

"Kita tidak hanya melihat keperluan pengguna dari segi kemampuan mampu miliknya tetapi juga perkhidmatan. Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Kerana itu tanggungjawab syarikat telco untuk mempertingkatkan perkhidmatan," kata menteri komunikasi dan multimedia itu pada sidang media di Putrajaya hari ini.

.Shabery ditanya kemungkinan keputusan kerajaan yang tetap melaksanakan GST pada nilai kad prabayar akan menaikkan kemarahan pengguna.

Terdahulu, Shabery mengumumkan kerajaan mengambil keputusan mengenakan GST hanya berdasarkan penggunaan perkhimatan prabayar, dan pengguna tetap menikmati nilai prabayar RM10. Keputusan itu bagaimanapun akan hanya dilaksanakan dalam masa 6 bulan.

Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, pelbagai pihak membantah cukai itu dikenakan bagi kad nilai prabayar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata akan mengenakan tindakan terhadap syarikat telco yang mengenakan GST ke atas pengguna.

Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad nilai prabayar tetap akan dikenakan.

Susulan kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan hanya Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Shabery berkata keputusan kabinet hari ini mengenai kaedah pengiraan kadar GST prabayar telefon akan dilanjutkan dalam perbincangan dengan syarikat telco, dan proses itu akan mengambil 6 bulan.

"Kita perlu masa untuk ganti sistem baharu, kalau kita buat ia akan timbul masalah komunikasi kerana industri ini sebesar RM15 bilion, jadi perlu dikaji sebaik- baiknya," katanya.

Beliau berkata keputusan tersebut dilihat sebagai situasi menang-menang apabila kerajaan masih boleh mengutip cukai dan memulangkan kembali hasilnya kepada rakyat.

"Kita laksana GST, anda bayar RM10 dan anda akan dapat kurang, kerana itu kita minta syarikat telco mengurangkan harga supaya anda dapat nilai yang sama atau lebih," katanya.

Katanya pendekatan itu wajar kerana pengguna masih menikmati nilai yang sama selagi tidak digunakan.

Tambahnya, pelaksanaan GST mengikut penggunaan tidak mustahil dilakukan memandangkan sektor telekomunikasi yang semakin murah.

"Kalau dulu, setiap panggilan atau SMS kita dikenakan caj yang mahal, namun sekarang hanya 1 sen bagi setiap SMS," katanya.

Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, pelbagai pihak membantah cukai itu dikenakan bagi kad nilai prabayar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata akan mengenakan tindakan terhadap syarikat telco yang mengenakan GST ke atas pengguna.

Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad nilai prabayar tetap akan dikenakan.

Susulan kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan hanya Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .