» » Ada sumber sahkan Pandikar Amin berjumpa Dr Mahathir sebelum berita perletakan jawatannya tersebar


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Tanpa memberi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, mantan perdana menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini dipengerusikan oleh timbalannya Pandikar, Datuk Ronald Kiandee.

"Speaker sudah berhenti dah. Dia jumpa saya nak berhenti. Speaker dah berhenti. Sekarang yang jadi Pengerusi Dewan Rakyat ialah timbalannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam program Bicara Negarawan di Ipoh hari ini.

Mahathir sebelum itu menjawab soalan hadirin sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh dijatuhkan sekiranya mendapat undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun, akhbar Nanyang Siang Paumelaporkan melalui pos di Facebook, setiausaha Pandikar menafikan dakwaan berkenaan.

Malah, kata setiausaha itu, Pandikar sendiri terkejut dengan kenyataan dibuat Dr Mahathir.

Sementara itu Kiandee juga dilaporkan menolak dakwaan peletakan jawatan Pandikar.

Kata Kiandee, spekulasi mengenai peletakan jawatan itu diketahui sejak sidang parlimen berakhir pada 9 April lalu.

Ada sumber sahkan

Memetik kenyataan Kiandee, The Star melaporkan kedua-dua mereka bertemu beberapa hari lalu dan perkara itu tidak dibincangkan.

"Malah pada sesi lalu cakap-cakap mengenai peletakan jawatan itu timbul tetapi ketika itu Pandikar sedang bercuti. Beliau kemudian hadir pada akhir sesi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber yang rapat dengan Dr Mahathir sekali lagi menegaskan Pandikar memang ada bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya boleh sahkan  yang Pandikar Amin memang telah datang bertemu Tun Dr Mahathir di Yayasan Albukhary pada Jumaat iaitu 15 Mei 2015. Ia berlaku sejurus sebelum Pandikar Amin mengambil cuti,"
katanya kepada Malaysiakini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .