Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hakikat beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua ahli parti.
Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti ahli parti.
"Sebagai presiden parti, saya amat berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui pemilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti dipinda (pada 2009)," katanya ketika berucap pada Majlis Veteran Umno Sepetang Bersama Presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.
sumber
No comments: