» » 'Pembelian jet baharu bernilai hampir setengah bilion ringgit'


PKR hari ini mendedahkan harga pembelian jet peribadi baharu oleh Putrajaya bernilai hampir separuh bilion ringgit sekali gus menolak jawapan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan tindakan pembelian bertujuan menjimatkan kos.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, berdasarkan perjanjian pembelian antara kerajaan Malaysia dan Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd, kos yang dinyatakan bagi pesawat jenis ACJ320 itu bernilai ‎ RM465.4 juta.

Rafizi yang juga setiausaha agung PKR berkata, melalui terma perjanjian tersebut, kerajaan Malaysia akan membayar pendahuluan sebanyak AS$20 juta dan bakinya akan dibayar secara ansuran selama 15 tahun.

"Bayaran deposit AS$20 juta yang dibayar adalah bersamaan RM65.22 juta mengikut kadar tukaran mata wang ditetapkan semasa perjanjian iaitu AS$1 bersamaan RM3.261, dan ba‎yaran pendahuluan ini sudah dilakukan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .