» » 'Permusuhan penduduk tempatan dan warga asing di Sabah ibarat bom jangka'


Sabah boleh menjadi seperti bom jangka kerana permusuhan di antara penduduk tempatan dan warga asing - ribuan diberikan kad pengenalan Malaysia yang boleh menyebabkan pergolakan sosial di samping menjadi ancaman kepada kedaulatan negara, kata seorang ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, kebanjiran warga asing - sesetengah mengatakan satu perempat daripada populasi negeri, menyebabkan persaingan dengan warga tempatan untuk sumber terhad seperti peluang pekerjaan dan perniagaan.

Ekonomi Sabah masih belum berkembang walaupun populasi meningkat dengan data kerajaan menunjukkan pada kadar 300% dari 1970 hingga 2000 disebabkan kebanjiran warga asing Filipina dan Indonesia, kata Rafizi dalam forum bertajuk "Berapa ramai rakyat Sabah sebenar?" di Kuala Lumpur, malam tadi.

Forum diadakan sebagai respons kepada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) 2012 yang dikeluarkan pada Disember tahun lepas yang tidak meyakinkan dan tiada "orang besar" dipertanggungjawabkan bagi pengeluaran kad pengenalan Malaysia kepada warga asing sebagai pertukaran untuk undi.

Laporan RCI juga tidak menemui sebarang "motif politik" di sebalik pengeluaran kad pengenalan secara besar-besaran yang digelar "Projek IC".

"Permusuhan dan kebimbangan seperti peningkatan penduduk mewujudkan kesan politik, ekonomi dan sosial dan ia adalah jenis resipi yang membawa kepada bencana," kata Rafizi di forum yang dianjurkan oleh DAP itu.

Kemarahan penduduk Sabah terhadap pendatang tanpa izin dan pemberian kewarganegaraan semakin meningkat pada masa kini sehingga desakan pemisahan daripada Malaysia timbul.

Semalam 4 aktivis didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 di Kota Kinabalu kerana membuat pungutan suara mengajak penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia.

Pungutan suara itu dikatakan mempunyai kaitan dengan laman web Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang menggalakkan kedua-dua negeri Borneo itu meninggalkan persekutuan Malaysia, menurut portal berita berkenaan.

Empat tertuduh itu ialah Azrie Situ, 25, Suleiman Liku Markus Situ, 32, Erick Jack William, 29, dan Joseph Kolis, 29, yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Dean Wayne Dally.

Keempat-empat tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dan seorang penjamin serta perlu menyerahkan pasport masing-masing.

Di antara panelis lain yang bercakap malam tadi ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Dr Chong Eng Leong yang menulis buku tentang pendatang tanpa izin di Sabah dan pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .