Putarajaya hari ini memaklumkan akan menangguhkan kenaikan tarif elektrik pada Jun Jun 2015 walaupun ianya sepatutnya dilaksanakan pada Julai 2014, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili
Beliau berkata, kerajaan akan menanggung kos sejumlah RM 1.683 bilion sepanjang tempoh penangguhan kenaikan itu dan sejumlah daripada kos sebanyak RM836 juta akan ditanggung Petronas bagi pendapatan potensi terlepas (foregone revenue) .
"Untuk mengekalkan kadar tarif sedia ada, kerajaan akan menampung kos melalui rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) generasi pertama dan jumlah keseluruhan bernilai RM847.96 juta.
"Disamping itu susulan daripada keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan harga gas berpaip, Petronas akan menanggung pendapatan potensi yang terlepas bagi tempoh Julai 2014 hingga Jun 2015 sebanyak RM836 juta," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014, meningkat kepada RM6.4 bilion, daripada RM5.4 bilion dalam tahun kewangan lepas.
Pada 31 Oktober, syarikat utiliti nasional itu dilaporkan berkata kepada Bursa Malaysia, hasil TNB meningkat kepada RM42.79 bilion daripada RM37.13 bilion sebelumnya.
Katanya, tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan melalui sistem Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) di mana salah satunya adalah komponen mekanisme pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT) yang dilaksanakan awal tahun ini.
"Mekanisme tersebut membolehkan kerajaan menyemak kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan dalam harga bahan api dan penjanaan," katanya.
Beliau juga berkata, keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar elektrik kerana mahu mengurangkan impak rasionalisasi subsidi.
"Sebagai kerajaan bertanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan rakyat, keputusan yang dibuat adalah untuk mengurangkan impak rasionalisasi subsidi dan ketidaktentuan harga di peringkat global.
"Namun tindakan yang sedang diambil ini tidak dapat menjamin kelestarian pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara," katanya.
Justeru, beliau juga menggesa agensi kerajaan agar memainkan peranan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah dan mengurangkan pembaziran.
sumber
No comments: