» » 2 guru SJKT didakwa miliki salinan kertas soalan UPSR 2014


Dua guru lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Nilai, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan memiliki salinan kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak sah, September lepas.

Tertuduh pertama, guru SJKT Ladang Batang Benar, Subbarau @ Kamalanathan, 34, menghadapi lima pertuduhan memiliki salinan soalan bagi subjek Matematik 035/1 dan 015/1, Bahasa Tamil Pemahaman 036, Bahasa Tamil Penulisan 037 dan Sains 018.

Tertuduh kedua, P, Murugan 36, guru SJKT Ladang Lenggeng, pula menghadapi satu pertuduhan sama bagi subjek Matematik 015/1.

Mengikut fakta kes, Subbarau didakwa menyimpan secara tidak sah salinan soalan kertas UPSR dalam telefon pintarnya, jenis Samsung Galaxy Note 2 antara 9 hingga 17 Sept lepas.

Murugan pula didakwa menyimpan salinan kertas soalan dalam telefon pintarnya jenis Lenovo dalam tempoh tersebut.

Kedua-tuduhan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Hakim Datuk Jagjit Singh menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, pihak pendakwa memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi Subbarau dan RM5,000 bagi Murugan.

Bagaimanapun, Jagjit Singh membenarkan Subbarau diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin manakala Murugan pula RM2,000 dengan seorang penjamin serta kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa masing-masing kepada mahkamah.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Muhamad Abu Hassan Ramli.

Kedua-dua tertuduh diwakili tujuh peguam iaitu Haresh Mahadevan, Ramzaini Idris, A. Patheeban, S. Veerapan, Lee Kai Yet, Lee Kok Wah dan A.K. Dass.

Sebelum ini, murid Tahun Enam yang menduduki peperiksaan UPSR di seluruh negara terpaksa mengulangi empat kertas soalan iaitu Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil selepas ia didapati bocor.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .