Kontroversi yang sering melanda pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38 dengan bekas suami membuatkan dirinya semakin tabah meneruskan kehidupan.
Menjadi ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah bagi Rita kerana perlu membesarkan dua orang anaknya Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 3.
Memiliki rupa paras yang cantik pasti ramai jejaka mahu mendekatinya tetapi dia tetap menegaskan bahawa hatinya buat masa sekarang sudah tertutup untuk menerima lelaki dalam hidupnya.
“Memang ada yang mahu berkenalan malah ada juga rakan saya yang cuba jodohkan saya dengan seorang lelaki yang jauh lebih kaya dan berpangkat tapi saya tolak.
“Kerana itu saya jadi geram, sakit hati dan sangat marah kerana saya bukannya mengejar pangkat atau duit. Itu semua bukan ukuran pada saya untuk dijadikan suami,” katanya kepada URTV yang dijadikan penghias muka depan majalah tersebut untuk edisi bulan ini.
Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dia bertambah marah adalah apabila orang yang mahu kenalkan dirinya dengan orang kaya itu beria-ia menceritakan tentang kekayaanya.
Dia turut memberitahu bukan senang seorang lelaki menerima dirinya sebagai ibu tunggal kerana belum pasti lelaki itu menyayanginya seperti mana dia menyayangi dua orang anaknya.
Baru-baru ini dia telah memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM30,000 daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Namun bukanlah wang ringgit yang dimahukan tetapi dia tidak mahu dirinya diperkecilkan.
sumber
No comments: