» » Ana Dahlia dan Ubai Teman Tapi Mesra


Biarpun heboh diperkatakan pelakon Ana Dahlia kini sedang hangat bercinta dengan Ubai Zulkiflee, namun dia lebih selesa meletakkan hubugan mereka sebagai teman rapat.

Baginya dia tidak mahu menjadikan sesuatu hubungan itu sebagai sepasang kekasih sehinggalah betul-betul dijodohkan kelak.

“Sejujurnya kami adalah kawan rapat dan saya sangat selesa berkawan dengan Ubai. Apa yang boleh saya katakan adalah jodoh itu tuhan tentukan. Siapa tak nak berkahwin dan rasa disayangi,” katanya kepada Mangga Online.

Jarak umur Ubai yang lebih muda darinya tidak menghalang perhubungan mereka kerana bagi Ana, Ubai merupakan seorang yang cukup matang.

“Saya suka dengan dirinya yang bersifat penyayang, bertanggungjawab dan menyokong diri saya untuk ke arah kebaikan. Kalau diikutkan dia bukan seorang yang romantik.

“Kematangan Ubai membuatkan diri saya lebih kuat dan tabah ketika bersamanya. Memang dia muda dari saya dan pada mulanya saya fikir dia tidak matang rupanya dia jauh lebih matang.

“Sehingga kini sudah setahun lebih kami berkawan rapat. Saya tidak mahu beria dalam suatu perhubungan kerana apa yang kita rancang tidak semestinya jadi.

“Memang ada orang bercakap mengenai perhubungan kami tapi biarlah diantara kami sahaja tahu. Kita memang tak boleh nak halang orang cakap pasal kita,” ujarnya.

Ana yang sebelum ini pernah gagal dalam rumah tangga tidak mahu berputus asa adalam mencari cinta sejati. Katanya dia tahu suatu hari nanti pasti ada jejaka yang hadir menyangi dirinya seadanya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah berahsia mengenai perhubungannya dengan Ubai kerana dia lebih terbuka untuk berkongsi gambar bersama di laman Instagram miliknya.

“Suatu hari nanti apabila jodoh kami sudah pasti, barulah saya beritahu semua orang . Buat masa sekarang ini biarlah orang tahu status saya dengan dia sebagai teman rapat sahaja,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .