» » Mimpi Buat Ana Dahlia Berhijab


Penampilan terbaru pelakon Ana Dahlia yang kini sudah berhijab membuatkan dirinya lebih tenang. Dia merasakan perubahan itu adalah satu perkara yang sepatutnya dilakukan dari dulu lagi.

Namun petunjuk yang diterima daripada tuhan menerusi mimpi membuatkan dirinya tekad untuk menjadikan penampilan berhijab sebagai perkara wajib.

“Saya sudah mula memakai hijab dua minggu sebelum puasa. Pada masa itu ada orang yang ingininterview mengenainya tetapi bagi saya perkara itu tidak perlu diwar-warkan.

“Berhijab adalah perkara wajib yang sepatutnya saya lakukan dari dulu lagi tapi saya tak melaksanakannya. Mungkin waktu itu hati saya tidak kuat.

“Memang sebelum ini saya ada niat tapi masih lagi tak berhijab sehinggalah saya menerima petunjuk dari Allah menerusi mimpi.


“Saya tidak mahu bercerita mimpi apa yang saya terima cukuplah sekadar beritahu dalam mimpi itu saya berada dalam ketakutan dan terus menangis selepas tersedar dari mimpi. Selepas kejadian itu, saya rasa takut untuk keluar rumah kerana masih berada dalam ketakutan.

“Dulu saya selalu berdoa kepada tuhan untuk berubah tapi tidak rasa apa-apa perubahan dalam diri tetapi Alhamdullilah mimpi itu telah membuatkan saya sedar dengan segala kealpaan yang saya lakukan sebelum ini,” katanya kepada Mangga Online ketika ditemui semasa sesi fotografi bersama majalah URTV di Utusan Karya, Bangi.

Ana yang dikenali menerusi program realiti Pilih Kasih musim pertama akui pada mulanya takut tidak diterima berlakon selepas berhijab namun dengan kepercayaan kuat terhadap rezeki tuhan, dia tetap meneruskan usahanya sebagai anak seni.


“Pada awalnya saya berhijab, saya dah fikir macam-macam seperti takut susah dapat tawaran dan ketika itu saya masih ragu-ragu dengan keputusan yang saya lakukan. Apa yang saya tetapkan dalam hati adalah rezeki itu di tangan tuhan. Kalau kita pakai macam mana sekali pun, kalau tuhan kata tidak ada rezeki maka itulah takdir kita.

“Bidang lakonan ini penuh dengan pancaroba jadi saya perlu kuat dan tabah dengan segala dugaan yang saya terima,” katanya yang tidak memilih watak tetapi perlu sesuai dengan imejnya yang berhijab.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .