Tetapi dalam kehidupan sebenarnya, aktres berusia 31 tahun ini mengakui agak sukar untuk mendapatkan pendamping sebagai teman hidupnya.
“Bukan saya tidak mahu mendirikan rumah tangga. Ramai kawan-kawan saya yang sudah berkahwin. Sedangkan saya masih single.
“Tetapi nak buat macam mana, saya akui yang saya kurang bernasib baik dalam urusan mencari pasangan hidup,” ujar aktres yang pernah menarik perhatian ramai apabila digandingkan dengan Adi Putra menerusi drama bersiri ‘Teduhan Kasih’ satu ketika dulu.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai masalah tersebut, Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim mengakui yang dia sering rasa was-was terhadap lelaki.
“Sebenarnya, saya ni memang susah nak percaya kepada seseorang lelaki itu. Jadi, apabila berkenalan dengan seorang lelaki, saya akan mengambil masa yang lama untuk benar-benar mempercayainya.
“Mungkin ini menyukarkan saya untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki,” katanya sambil ketawa.
Tidak berapa lama dulu, Sherry pernah bercinta dengan seorang pemuda dari Mauritius. Malah ketika itu, Sherry sering memuat naik gambar-gambar tentang lelaki tersebut.
Namun, percintaan mereka tidak sempat berakhir di jenjang pelamin. Hubungan mereka ternoktah ekoran beberapa halangan termasuk perbezaan agama dan percintaan jarak jauh yang menyukarkan mereka untuk bertemu.
Bagaimanapun, Sherry yang muncul dalam dua telemovie semasa minggu pertama Syawal lalu iaitu ‘Janji Qasidah’ (siaran RTM1) dan ‘Sayang Wak Lu’ (siaran Astro Ria), tidak akan berputus asa.
“Mungkin saya ni jenis yang lambat untuk mencari pengganti. Tetapi saya tidak mahu terlalu membebankan fikiran memikirkan soal ini. Biarlah Yang Maha Esa yang menentukan siapa pasangan hidup saya,” kata Sherry dalam nada penuh harapan.
sumber
No comments: