» » Amyra sedih perkahwinan dibatalkan


Sepertimana yang kita tahu, pernikahan pasangan pelakon Amyra Rosli dan Dazrin Kamaruddin yang sepatutnya berlangsung Jumaat ini dibatalkan. Keputusan yang dibuat adalah di atas persetujuan kedua-dua belah pihak pada Ramadan lalu.

Ada yang tertanya-tanya. Adakah pernikahan mereka ditangguhkan ke satu tarikh lain ataupun mereka sebenarnya sudah tiada apa-apa hubungan lagi?

Amyra ketika dihubungi meminta maaf kepada semua pihak mengenai pembatalan perkahwinan mereka.


Menurut Amyra, dia tidak boleh berdiam diri mengenai hal ini kerana melibatkan perasaan ramai pihak.

“Saya ingin memaklumkan hal ini kepada pihak media kerana ia melibatkan perasaan ramai pihak. Saya tidak mahu ada orang berkecil hati disebabkan masalah yang kami hadapi.

“Ramai yang bertanyakan mengenai pembatalan perkahwinan kami dan saya rasa ianya lebih baik diketahui dari mulut saya sendiri.

“Keputusan dibuat semasa bulan Ramadan dan ianya adalah di atas persetujuan kami berdua. Kami menyelesaikannya dengan cara baik,” kata Amyra .


Tambah Amyra lagi, persiapan perkahwinan sudah siap sepenuhnya dan dia berasa ralat dengan kejadian yang berlaku.

“Memang saya berasa sedih mengenai hal ini. Ini semua telah ditetapkan oleh Tuhan dan ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

“Sejujurnya ini adalah perkahwinan yang kami impikan dan ia adalah hari yang paling dinanti-nantikan. Walaupun kami sudah merancang segalanya, tapi kita perlu ingat bahawa Allah yang menentukan,” katanya.

Ditanya mengenai punca majlis perkahwinan dibatalkan, dia enggan menjelaskan mengenainya dengan lebih lanjut.

“Biarlah hanya kami sahaja yang tahu tentang punca sebenar. Bagi saya ia adalah hal peribadi,” katanya ringkas.

Tambahnya lagi, dia menyerahkan kepada ketentuan takdir mengenai jodoh. Sekiranya jodohnya masih lagi bersama Dazrin dia akan terima.


“Perhubungan saya dan Dazrin masih lagi baik. Saya tidak berani menyatakan bahawa kami akan bersama semula kerana ini semua jodoh. Perkara yang belum pasti saya tak berani nak cakap,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .