» » Pernikahan Dazrin Dan Amyra Dibatalkan


Perancangan pernikahan pasangan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan. Keputusan yang dibuat pada Ramadan lalu adalah di atas persetujuan bersama.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Norzaridah Ahmad iaitu ibu kepada Amyra yang juga bertindak sebagai pengurusnya. Menurut Norzaridah, dia tidak dapat bercerita lebih lanjut mengenai punca sebenar pernikahan dibatalkan.

“Kak Nor hanya boleh sahkan pernikahan yang dirancangkan pada 8 Ogos ini dibatalkan. Minta maaf sebab Kak Nor tak boleh nak cerita lanjut sebab-sebabnya, kerana ada hal bersifat peribadi yang payah nak diceritakan.

“Kak Nor pun tak mahu mengeruhkan keadaan kerana perkara ini masih baru,” kata Norzaridah .

Dia berharap agar orang ramai menghormati hal peribadi Dazrin dan Amyra terutamanya perkara yang melibatkan keluarga masing-masing.


“Saya menyerahkan kepada ketentuan takdir mengenai hal jodoh mereka. Hubungan saya masih baik dengan keluarga sebelah sana,” kata Norzaridah.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .