» » » Pemilik FB 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' ditahan polis


Seorang lelaki dikenali sebagai Beng Kor ditahan di Sibu bagi membantu siasatan membabitkan akaun Facebook (FB) 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, ketika mengesahkan perkara itu, berkata lelaki itu ditahan pada jam 2.40 petang tadi dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menggunakan pautan berkenaan untuk menyebarkan propaganda yang dibimbangi mencetuskan ketidakstabilan politik

"Sehingga jam 3 petang tadi, sebanyak 13 laporan diterima pihak polis di seluruh negeri ini terhadap pautan FB 'Sarawak Keluar Malaysia 2021, dengan laporan terbaharu diterima di kawasan Mukah," katanya dalam kenyataan di sini petang tadi

Difahamkan, Beng dipercayai menjadi dalang mewujudkan akaun FB terbabit yang mempunyai 2,646 like

Sumber polis memaklumkan, lelaki berkenaan turut disiasat berkenaan penyebaran fitnah kononnya Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, mahu membawa Sarawak keluar daripada Persekutuan Malaysia

Isnin lalu, Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dan menyifatkan pemilik akaun berkenaan sebagai berniat jahat

Ini kali kedua siasatan terhadap pengguna Facebook di negeri ini dalam tempoh seminggu. Ahad lalu, polis turut mengambil tindakan menyiasat status Facebook dan sebaran di aplikasi 'WhatsApp' membabitkan kes kanak-kanak diculik dan dibunuh bagi tujuan pengambilan serta penjualan organ dalaman yang kononnya berlaku di Singai, Bau

Berhubung kes itu, dua wanita, masing-masing dari Bau dan Kuching ditahan selepas menyerah diri untuk membantu siasatan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .