» » » Beruk peliharaan dan tuan maut dipanah petir bersama


Seorang lelaki maut selepas dipanah petir ketika mengupas kulit buah kelubi di bangsal depan rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, Mohd Syamsudin Muda, 52, seorang diri di bangsal terbabit dan parah di bahagian perut dan paha.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, isteri dan lapan anaknya berada di dalam rumah terletak 20 meter dari bangsal itu

"Mangsa ditemui anak perempuannya berusia 10 tahun di bangsal itu yang menyangka mangsa sedang tidur selepas melihatnya terbaring bersama gumpalan selimut.


"Dia kemudian memanggil ibunya untuk membantu mengejutkan mangsa yang tidak sedar diri sebelum mereka meminta bantuan jiran selepas mangsa langsung tidak bergerak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini untuk dibedah siasat dan dijangka dikebumikan pagi ini.

Turut mati dalam kejadian itu, beruk milik mangsa yang ditambat di tepi bangsal.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .