Donald Trump bukan saja mengejutkan Amerika Syarikat malah dunia apabila memenangi Presiden negara itu dengan kemenangan besar mengalahkan Hillary Clinton sekali gus menamatkan pemerintahan wakil Demokrat sejak lapan tahun lalu.
Menurut New York Times, pada 4 petang 9 November 2016 , bilionair hartanah dan popular dalam siri realiti televisyen, Trump sudah memperoleh 279 undi Badan Perwakilan Pemilih dengan 10 undi terakhir diperolehi di Winconsin berbanding Hillary 218.
Kedua-dua calon memerlukan sekurang-kurangnya 270 undi untuk menang.
Dalam ucapan di depan penyokongnya di Manhattan, New York, Trump berkata Hillarry sudah menelefonnya mengucapkan tahniah.
Kemenangan Trump, 70, menjadikan beliau Presiden Amerika paling tua pernah terpilih.
No comments: