» » » Identiti 6 pesakit yang terkorban dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu dikenalpasti


Enam pesakit maut, masing-masing empat wanita dan dua lelaki dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baru.

Ketua Polis Daerah Johor Baru (Selatan), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan nama mangsa dalam kejadian pagi Selasa itu.

Semua yang terkorban berusia dalam lingkungan 50-an.

Empat wanita yang dikenal pasti identitinya adalah Cho Lin Feng, Poh Ah Wah, Kaliama dan Meramaladeri.

Selain itu, dua pesakit wanita yang maut pula adalah Logaswaran dan Yusof Hasan.

Sulaiman juga mengesahkan seorang pesakit yang menerima rawatan di ICU, Suppamah dapat diselamatkan, manakala kakitangan hospital itu, Nurul Ain mengalami kecederaan serius.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu menyebabkan ratusan pesakit dan kakitangan HSA terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Ketika kejadian ada 193 kakitangan dan 294 pesakit di HSA.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .