» » » 6 pesakit terkorban dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu


Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa enam mangsa ditemui mati dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi ini.

"Enam mangsa ditemui - semuanya maut,” kata tweet jabatan itu.






Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya dilapor Bernama.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.

Sementara itu menurut seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37 dia hanya menyedarinya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan berkenaan.

"Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk.

"Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh kakitangan hospital," katanya.

Habibah berkata dia kemudiannya melihat ramai pesakit dan kakitangan
hospital berada di sekitar kawasan hospital.

Awal pagi ini, menerusi klip video dan gambar-gambar yang diperolehi oleh Malaysiakini, asap tebal kelihatan di wad di tingkat dua bahagian selatan ICU.

Kejadian itu menyebabkan pesakit di wad berkenaan dibawa keluar untuk dipindahkan.

Asap hitam boleh dilihat berkepul di seluruh kawasan yang terjejas.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .