Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan berasingan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun antara Jun hingga Oktober lalu.
Tertuduh, Mohd Ramzdan Abdul Rahman Wong, 24, minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.
Mengikut pertuduhan pertama,tertuduhdidakwa merogol kanak-kanak tersebut di sebuah rumah beralamat di Flat Taman Setia Jaya, Langgar dekat sini pada 8 pagi, 18 Jun lalu.
Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa merogol mangsa di tempat sama pada penghujung bulan Jun, pukul 9 pagi.
Pertuduhan ketiga pula menyebut tertuduh melakukan kesalahan sama pada mangsa di Flat Taman Setia Jaya, Langgar pada 11 pagi, 5 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1)kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya negeri Ana Rozana Mohd Nor dalam prosiding sebelum itu tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Bagaimanapun tertuduh yang kini dalam proses penceraian merayu agar jaminan diberikan memandangkan tertuduh mahu menjaga ibunya yang kini hanya tinggal bersama adiknya.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak atas alasan tertuduh tinggal di kawasan flat yang sama dengan mangsa dan dikhuatiri mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 24 November sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan.
No comments: