» » Lelaki Indonesia guna kad pengenalan Malaysia secara haram selama 30 tahun sehingga berjaya jadi peneroka FELDA


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan seorang lelaki Indonesia berusia 52 tahun yang menggunakan identiti warga tempatan bukan sahaja untuk berkahwin, malah memiliki aset termasuk rumah serta kereta, sejak 30 tahun lalu.

Ketua Unit Pendakwaan JPN, Mohd Fazdhly Abdul Razak, berkata suspek yang mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan seorang wanita tempatan, turut mendapat keistimewaan lain termasuk menjadi peneroka FELDA.

Beliau berkata, suspek yang menggunakan kad pengenalan yang pernah dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu, ditahan penguat kuasa JPN yang membuat serbuan di rumahnya di sebuah tanah rancangan FELDA di Gemencheh, Tampin, kelmarin.

"Kesalahan itu dikesan apabila seorang lelaki datang ke pejabat JPN membuat semakan mengenai status MyKad digunakan suspek. Pemeriksaan mendapati, suspek pernah disiasat kerana didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain pada 1995.

"Dia bagaimanapun melarikan diri ketika siasatan dilakukan JPN ketika itu. Suspek kini direman dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan akan didakwa Rabu ini," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .